Arginine
Arginine adalah sejenis Amino Acid yang membentuk protein. Untuk pengetahuan, Amino Acid ada sebanyak 20 jenis kesemuanya. Jika dilihat dari segi sains, Arginine terbahagi kepada 2 jenis iaitu L-arginine dan D-arginine. Namun begitu, L-arginine adalah jenis yang berkait rapat dengan kesihatan badan dan selalu juga diperkatakan oleh ahli kesihatan.
Fungsi Arginine
L-arginine ini berfungsi untuk;
- Salah satu bahan penghasilan asid nitric
- Salah satu komponen kepada Kolagen, enzim dan hormon
- Sebahagian dari komponen sperma
- Membentuk penyambung tisu dan kulit
- Membantu penghasilan creatine dan insulin
- Bertindak sebagai anti-oksidan yang boleh menurunkan kadar pengumpulan kotoran seperti ammonia
- Membantu menurunkan tekanan darah
- Membantu melancarkan peredaran darah (secara langsung membantu menguatkan tenaga lelaki)
- Membantu mempercepatkan proses pembaik pulihan luka
- Membantu membersihkan hati
- Membantu memperkuatkan sistem pertahanan badan
- Membantu proses pembahagian sel
dan banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi daripada arginine ini.
Dos Disarankan
Tiada sumber yang menetapkan spesifikasi yang tepat untuk arginine kerana Arginine tergolong didalam kumpulan asid amino yang tidak penting. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, Arginine boleh disintesis oleh badan manusia.
Sumber Arginine
Sebenarnya, tubuh kita boleh menghasilkan arginine. Namun begitu, ia tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Jadi kita boleh dapatkan arginine ini terus daripada makanan. Antara makanan yang ditemui mempunyai amino asid ini ialah;
- Kekacang (peanuts, brazilnuts, walnuts)
- Kelapa
- Susu
- Yogurt
- Daging ayam dan lembu
- Makanan laut (udang kara, salmon, udang, tuna, siput)
- Oat/gandum
- Coklat
- Susu soya atau kacang soya itu sendiri
- Kuaci
- Bijan
- Biji labu
Kesan Kekurangan Arginine
Ada beberapa kesan terhadap keadaan dimana kita kekurangan Arginine. Antaranya ialah kelambatan terhadap matangnya seksual seseorang itu, kecacatan terhadap tahap penghasilan insulin, toleransi terhadap gula dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada hati yang berkait rapat dengan metabolisma lipid.
August 30, 2010
·
admin ·
No Comments
Tags: arginine, asid amino, kelapa, sumber, yogurt · Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply