Belimbing Besi

Belimbing Besi

Belimbing Besi

Belimbing Besi (Starfruit/Carambola)

Pengenalan

Belimbing besi atau starfruit atau carambola adalah sejenis buah yang berwarna hijau semasa mudanya dan menjadi kuning keemasan bila masak atau apabila sedia untuk dimakan. Belimbing besi yang berbentuk bintang berbucu 5 ini biasanya sesuai ditanam di negara yang beriklim tropika seperti Filiphina, Indonesia, Malaysia, India dan Sri Lanka.

Malaysia menjadi pengeluar utama buah belimbing besi ini dan kita mengeksport komoditi ini ke Asia dan Eropah.

Kandungan Zat Makanan

Secara amnya, belimbing besi atau carambola atau starfruit, mengandungi zat-zat makanan seperti berikut;

Kalori – 41 kalori (130g)

Sodium-3mg

Karbohidrat-9g

Fiber-4g

Gula-5g

Protein-1g

Vitamin A-80.5U

Vitamin C-45.4mg (6 kali ganda berbanding epal)

Vitamin E-0.2mg

Niacin-0.5mg

Folate (Vitamin B12)-15.8mcg

Panthotenic Acid (Vitamin B5)-0.5mg

Choline-10mg

Kalsium-4mg

Zat Besi-0.1mg

Magnesium-13.2mg

Phosphorus-15.8mg

Potassium-176mg

Sodium-2.6mg

Zink-0.2mg

Copper-0.2mg

Selenium-0.8mcg

Saturated Fat-0g

Poly-unsaturated Fat-0.2g

Omega-3 Fatty Acids-35.6mg (2 kali ganda berbanding epal)

Omega-6 Fatty Acids-207mg (3 kali ganda berbanding epal)

Kebaikan Mengamalkan

Belimbing besi akan membekalkan 4 gram fiber kepada diet kita seharian jika kita amalkan sebiji belimbing besi yang beratnya 130g. Manakala kandungan vitamin C dalam belimbing besi atau starfruit ini adalah 6 kali ganda berbanding epal.  Dan yang baiknya kandungan gula dalam belimbing besi adalah agak rendah.

Ada sesetengah orang kita mendakwa bahawa buah ini baik untuk yang ada darah tinggi, namun tiada lagi kajian saintifik yang mengatakan bahawa buah ini boleh mengurangkan tekanan darah.

Dan dalam masa yang sama, bagi pengidap penyakit buah pinggang, iaitu kegagalan buah pinggang atau batu dalam buah pinggang dan bagi individu yang menjalani dialysis buah pinggang, buah ini eloklah kita jauhi kerana ia akan mengakibatkan sedu, fikiran bercelaru, muntah-muntah dan pening-pening.

<<<Langsingkan Sehingga 10Kg Dalam 30 Hari>>>

June 1, 2010 · Langsing · No Comments
Tags: , , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply