Betik
Betik adalah salah satu buah yang tumbuh dengan subur di negara kita. Betik yang terkenal dengan panggilan Papaya dalam bahasa Inggerisnya, acap kali dijual dan amat mudah untuk kita dapati. Walaupun harganya agak murah, namun kebaikan betik tidak ternilai kepada pengamalnya.
Secara umumnya, betik membantu kita menjaga sistem penghadaman. Ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah sembelit, dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan memakan betik. Ini adalah kerana, betik mengandungi sejenis protein (enzim) yang dipanggil papain. Enzim jenis ini membantu proses semulajadi penghadaman kita.
Betik mengandungi Vitamin C yang agak tinggi, Vitamin A, carotene, serat dan juga enzim arginine yang baik untuk sistem pembiakan lelaki serta enzim carpain yang begitu baik untuk jantung.
Berikut adalah kandungan zat makanan yang terkandung di dalam 140g betik (lebih kurang secawan);
- Vitamin A – 31% dari keperluan harian
- Vitamin C – 144% dari keperluan harian
- Vitamin E – 5% dari keperluan harian
- Vitamin K – 5% dari keperluan harian
- Thiamin – 3% dari keperluan harian
- Riboflavin – 3% dari keperluan harian
- Niacin – 5% dari keperluan harian
- Vitamin B6 – 1% dari keperluan harian
- Folate – 13% dari keperluan harian
- Pantothenic Acid – 3% dari keperluan harian
- Protein – 2% dari keperluan harian
- Karbohidrat – 5% dari keperluan harian
- Serat/Fiber – 10% dari keperluan harian
- Kalsium – 3% dari keperluan harian
- Zat besi – 1% dari keperluan harian
- Magnesium – 3% dari keperluan harian
- Phosphorus – 1% dari keperluan harian
- Potassium – 10% dari keperluan harian
- Zinc, Copper, Manganese, Selenium – 1% dari keperluan harian
- Omega 3 – 35mg (Total fatty acids)
- Omega 6 – 8.4mg (Total fatty acids)
Nampaknya betik atau papaya ini memberikan kita pelbagai jenis zat makanan yang menyihatkan kita. Terutama sekali Vitamin-vitamin untuk anti-oksidan iaitu A, C dan E. Kandungannya yang tinggi membantu kita membersihkan badan dengan lebih efektif.
Manakala seratnya yang tinggi adalah amat baik untuk individu yang sedang dalam diet untuk menguruskan badan.
Jadi, pengambilan betik adalah amat digalakkan. Kalau boleh ambillah buah betik ini setiap hari untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.
August 30, 2010
·
admin ·
No Comments
Tags: betik, carotene, papaya, serat, vitamin · Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply