Diet Tanpa Nasi

Graphic1

Nasi selalu dijadikan punca kepada kegemukkan tanpa kita sebenarnya tahu apakah kaitan nasi dengan obesiti.

Tak kurang ramainya orang diet tanpa nasi di Malaysia ini. Saya juga pernah dengar selebriti wanita kita menurunkan berat badannya dengan cara diet tanpa nasi selama lebih dari setahun!

Adakah diet tanpa nasi ini berkesan?

Sebelum kita mendalami jawapan kepada soalan keberkesanan diet tanpa nasi ini, mari kita dalami “Nasi” itu sendiri.

 

Kandungan dalam Nasi

Berikut adalah apa yang terkandung dalam 100g nasi putih. (Sepinggan nasi)

Kalori – 360Kcal
Air – 12g
Protein – 7g
Lemak – 1g
Karbohidrat – 79g
Serat – 1g
Gula – kurang dari 1g
Zat Besi – 0.8mg
Mangan – 1.1mg
Kalsium – 28mg
Magnesium – 25mg
Fosforus – 115mg
Potassium – 115mg
Zink – 1.1mg
Vitamin B5 – 1.0mg
Vitamin B6 – 0.2mg
Vitamin B9 – 8ug
Vitamin B1 – 0.1mg
Vitamin B2 – Kurang dari 0.1mg
Vitamin B3 – 1.6mg

Perkara Penting Dalam Diet

Kemudian kita dalami pula apa yang perlu kita lihat atau pantau masa kita diet ni. Perkara yang panas dan perlukan perhatian ialah;

  • Kalori
  • Karbohidrat
  • Gula

Jika kita lihat kandungan dalam sepinggan nasi, Kalori – 360kcal, Karbohidrat – 79g dan Gula kurang dari 1g.

Secara amnya, badan manusia disarankan untuk mengambil kuantiti berikut dalam seharian;

  • Kalori – Lelaki 2000 kalori, Wanita 1800 kalori
  • Karbohidrat – 300g
  • Gula – Tidak melebihi dari 25% total kalori

Jika kita makan nasi 2 pinggan sehari, maknanya;

Kalori = 360kcal X 2 = 720kcal = 36% dari total kalori yang dibenarkan

Karbohidrat = 79g X 2 = 158g = 52.6% dari total Karbohidrat yang dibenarkan

Gula = 2g = Tak cukup nak kira peratusan……

 

Adakah Diet Tanpa Nasi memberikan kesan?

Jawapannya? YA dan TIDAK. Berdasarkan fakta di atas, kita tidak sepatutnya mendera badan kita dengan tidak makan nasi. Nasi ini telah menjadi makanan ruji kita dari mula kita lahir lagi.

Penderaan kepada badan akan mengakibatkan deraan psikologi. Diet tanpa nasi ini seperti kita menyelam di dalam air, nafas yang kita tahan itu ibaratkan sebagai nasi. Tiba pada satu tahap masa, kita tidak boleh tahan nafas lagi. Kita akan naik ke permukaan dan sedut “nasi” dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya.

 

Jadi, pilihlah alternatif lain untuk berdiet. Bukan kita tidak makan langsung, tapi kita kurangkan kuantitinya.

May 5, 2011 · admin · No Comments
Tags: , ,  · Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan