Menu seimbang

Garam

Garam

Garam dan menu seimbang

Kita selalu sangat diperingatkan dengan lemak dan gula apabila mahu menyediakan diet seimbang. Tapi kali ini saya terpanggil untuk kongsikan tentang garam pula yang mana bahayanya adalah setaraf dengan gula dan lemak.

Dalam kita menjaga pemakanan kita supaya kita sentiasa langsing, cantik, bergaya dan yang paling penting sihat, kita selalu terlepas pandang tentang bahayanya garam.

Garam sebenarnya adalah antara  musuh kesihatan utama di banyak negara. Ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau hipertensi yang seterusnya akan membawa kepada bahaya strok, serangan jantung, kegagalan jantung, batu karang, osteoporosis dan penakungan air atau water retention.

Menakutkan walaupun kita cuba makan menu seimbang tapi kita sakit juga kerana terlepas pandang akan bahayanya garam.

Mengejutkan bila saya terbaca satu artikel dari CAP (Persatuan Penguna Pulau Pinang) yang menguji kaji mee segera jenama terkenal  perencah ayam yang mengandungi 8,160mg natrium yang mana ia mengalahkan air laut sebanyak 10 kali ganda kandungan natrium (garam) nya!

Garam Merbahaya

Garam Merbahaya

Kita dihadkan mengambil garam untuk diet seimbang kita sebanyak hanya 2,400mg sehari. Jika kita makan sebungkus mee segera, maknanya kita dah melebihi hampir 4 kali ganda dari had yang dibenarkan.

Jadi banyak sebenarnya yang kita tak tahu rupanya. Banyakkan membaca dan cubalah mengantikan sekurang-kurangnya sekali makanan rutin kita dengan makanan yang dimasak sendiri atau boleh cuba dapatkan penganti makanan yang telah dihasilkan dengan teknologi canggih.

January 3, 2010 · admin · No Comments
Tags: , , , , , , , , ,  · Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply