Menurunkan Berat Badan

Sekarang ini sudah menjadi satu topic yang hangat apabila kita menyentuh tentang cara untuk menurunkan berat badan. Dipasaran terdapat berbagai-bagai produk untuk tujuan ini. Konsepnya berbeza-beza hinggakan kita pening kepala untuk mencuba yang mana satu bagi tujuan untuk menurunkan berat badan kita.

Namun begitu, kita harus sedar, untuk menurunkan berat badan, kita perlukan usaha dan komitmen jitu dari diri kita sendiri. Tanpa usaha dan komitmen ini, biasanya, proses menurunkan berat badan akan menemui kegagalan atau ia tersangkut sekerat jalan.

Di sini, saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang kita lakukan untuk misi kita menurunkan berat badan.

(1) Mengira kalori yang kita makan/minum….mengira kalori yang kita minum dan makan akan membantu kita mengesan sama ada kita ada dilandasan yang betul untuk menurunkan berat badan atau tidak. Ini kerana, untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita ambil mesti kurang daripada apa yang mampu kita bakar. Bawa satu buku nota kecil untuk catat semua makanan dan minuman yang kita ambil.

(2) Mengira kalori yang kita bakar….Kalori yang kita bakar termasuklah tahap metabolisma kita dan pembakaran kalori yang berlaku hasil dari aktiviti kita seharian seperti senaman, mengemas rumah, berjalan kaki dan sebagainya.

(3) Muhasabah diri….hasil dari catatan atau senarai makanan dan minuman yang kita ambil, kita kemudiannya memilih mana makanan yang berkalori tinggi yang harus dielakkan atau dikurangkan untuk tujuan menurunkan berat badan ini.

(4) Mencari penganti kepada makanan atau minuman yang telah kita senaraikan sebagai tidak sihat….Ini juga adalah satu aktiviti yang akan mengubah cara hidup kita kepada satu cara yang lebih sihat sambil kita menurunkan berat badan.

(5) Rancang apa yang kita akan makan dan minum….perancangan ini biasanya kita buat sebelum kita tidur. Beri masa untuk diri sendiri selama 10 minit untuk lakukan brainstorming.

(6) Berhati-hati dengan saiz hidangan….masa makan, cuba cari pinggan yang kecil-kecil sikit. Kita selalu terlebih makan sebab terlebih isi atas pinggan. Kalau kita makan terlalu laju, kita juga akan terlebih makan. Sebab, dari perut ke otak, signal “kenyang” ni sampai dalam masa 20 minit!

(7) Banyakkan sumber fiber….untuk menurunkan berat badan, fiber atau serat ini juga amat penting. Ia berfungsi untuk menyimpan kadar air yang tepat dalam usus kita. Kadar air yang tepat akan membantu memastikan fungsi pencernaan dalam badan kita berfungsi dengan baik.

(8) Angkat berat….atau dalam bahasa Inggerisnya weight training atau resistance training. Ada kajian yang mengatakan bahawa, dengan melakukan angkat berat ini dengan konsisten, ia akan meningkatkan metabolisma kita sebanyak 15%!

(9) Rehat dengan cukup….orang dewasa memerlukan 6 jam untuk tidur pada waktu MALAM. Manakala jika kita senaman, kita perlu selang-selangkan senaman kita. Contohnya, Isnin jogging 1 jam, Selasa rehat dari jogging tapi kita buat training untuk tangan. Rabu jogging semula, ini bertujuan untuk merehatkan otot-otot tertentu supaya ia boleh melalui proses pemulihan, kerana otot akan rosak apabila kita senaman. Otot rosak bukanlah perkara buruk, ia perkara baik kerana apabila otot rosak, ia akan memulih menjadi otot yang lebih tegap dan besar. Ini akan meningkatkan metabolisma kita!

(10) Letakkan target yang logic….penurunan berat badan yang sihat adalah diantara 1-1.5kg seminggu. Janganlah terlalu meletakkan harapan sehinggan 10kg dalam seminggu. Mungkin akan berlaku (disebabkan oleh water retention), tetapi elok jika kita turun sedikit demi sedikit dengan cara yang sihat.

Di atas ini adalah antara cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan sihat. Namum begitu terdapat lagi banyak cara atau teknik yang betul untuk menurunkan berat badan. Jadi kita sentiasa perlu membaca, mencuba dan melaksanakan teknik-teknik yang kita pelahari, jika tidak usaha menurunkan berat badan akan menjadi sia-sia tanpa sebarang tindakan yang konsisten.

Langsingkan Sehingga 10kg Dalam 30 Hari

March 15, 2010 · Langsing · No Comments
Tags:  Â· Posted in: Pengurusan Berat Badan

Leave a Reply