Cara Hilangkan Batuk
Batuk adalah satu aktiviti tubuh untuk tekak dan salur pernafasan kita sentiasa dalam keadaan bersih. Batuk bukanlah satu penyakit, tetapi batuk ini adalah satu petanda atau kesan (symptom) kepada penyakit yang lain. Batuk juga adalah salah satu cara badan menyembuhkan penyakit dan melindungi badan kita dari diserang penyakit. Kali ini saya akan sentuh sedikit bagaimana cara hilangkan batuk dengan lebih mendalam.
Cara hilangkan batuk ni bergantung kepada apa jenis penyakit yang kita hadapi. Antara cara hilangkan batuk atau cara meredakan batuk ialah;
(1) Minum air yang banyak
(2) Lembapkan udara dengan mengunakan vaporizer
Manakala, cara hilangkan batuk untuk penyakit yang spesifik pula memerlukan pemeriksaan doktor untuk mengesahkan apakah punca penyakit yang menyebabkan kita batuk.
Antara cara hilangkan batuk yang agak popular di kalangan kita ialah dengan mengunakan sirap batuk di pasaran terbuka tanpa preskrepsi dari doktor. Sebenarnya, kanak-kanak di bawah umur 4 tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk kerana tiada bukti perubatan yang mengesahkan bahawa sirap batuk ini membantu kanak-kanak dibawah umur 4 tahun.
Cara hilangkan batuk secara tradisional pula ialah;
(1) Madu lebah asli ditelah perlahan-lahan.
(2) Nasi segenggam, air 250ml, gula batu 3-4 ketul. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk, embunkan, minum airnya dan makan nasi yang direndam tadi.
Saya pernah cuba cara hilangkan batuk dengan nasi ini semasa saya berumur 17 tahun. Pada masa itu, saya telah mencuba segala cara hilangkan batuk yang lain tetapi gagal. Batuk berterusan hampir 3 bulan. Selepas mencuba cara ini, batuk lenyap.
Saya dapat petua untuk cara hilangkan batuk ini dari seorang jaga di sekolah saya di Raub.
June 17, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: batuk, cara hilangkan batuk · Posted in: Masalah Kesihatan
Demam dan Cara Mengatasinya
Apa khabar? Ramai yang bercuti panjang sempena Hari Keputeraan Agung Sabtu lepas. Saya ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman saya di Temerloh, Pahang bersama-sama dengan adik-beradik saya yang lain.
Saya harap anda pun jalani cuti yang menyeronokkan.Kembali sahaja saya ke kota batu ni, saya lihat ramai yang demam dan diserang selsema, ada yang tak bertanggungjawab apabila bersin tanpa cover mulut dia. Kesian orang yang lalu kat depan orang tu. Ia mudah berjangkit!
Saya rasa bersyukur kerana mengikut ingatan saya, saya sudah hampir 5 tahun tidak diserang demam mahupun selsema. Saya harap kesihatan ni berterusan. Apa rahsianya? Saya nak kongsikan apa yang saya ubah dan ada sedikit ilmu yang saya nak kongsikan tentang Demam ni.
Demam ni adalah satu keadaan dimana suhu badan kita meningkat. Suhu badan orang yang normal ialah pada 37 darjah Celsius. 37 darjah ni sebenarnya adalah suhu purata. Setiap orang ada tahap suhu yang normal yang lain. Berlegar sekitar 36.4 oC hingga 37.6 oC. Kita dikira sebagai demam kuat apabila suhu badan kita capai lebih dari 38 oC.
Badan kita sebenarnya secara automatiknya menaikkan suhunya apabila ingin melawan bakteria, kuman atau virus yang menyerang badan kita. Bakteria, kuman atau virus ni biasanya tak boleh hidup dalam suhu 38 oC ke atas.
Lagipun, mengikut kajian, sistem pertahanan badan kita akan menjadi lebih berkesan apabila badan kita berada dalam suhu yang lebih panas.
Apabila kita demam, suhu badan panas ni hanyalah satu kesan, biasanya kita akan dilanda pening, mual, sakit tekak, batuk, sakit sendi, kepenatan dan kesejukan teras badan.
Apa yang saya buat berbeza dengan 5 tahun dahulu?
Rahsianya….saya minum air dengan cukup. Cukup tu maknanya bukan 8 gelas sehari seperti yang selalu kita dengar, tapi kita kena sukat berapa sebenarnya "cukup" untuk diri kita.
Keperluan air bagi anda sebenarnya berbeza dengan keperluan air orang lain. Untuk mengira, berapakah keperluan air bagi anda, anda cuma perlu bahagikan berat badan anda (dalam KG) sekarang dengan 25.
Hasilnya adalah berapa Liter yang anda kena minum seharian. Contohnya jika berat badan anda sekarang ni 60KG, jadi 60KG/25 = 2.4 liter. So, anda kenalah minum air sekurang-kurangnya 2.4 liter air dalam seharian.
Kesan kebaikan minum air dengan cukup ini akan nampak terus. Dan kalau anda konsisten badan kita akan menjadi sangat segar. (Tapi dengan syarat kita makan dan jaga perkara lain dengan betullah. Kalau minum air sahaja, tak berapa nak menjadilah pulak kan?)
Kalau anda nak minum air dengan kuantiti yang banyak, saya ada 2 cara special yang orang lain mungkin tak tahu;
(1) Minum air botol yang jual kat kedai tu, tetapi tutup botolnya berwarna PUTIH.
*Maksud saya air tawar tau, bukan air manis.
(2) Perahkan lemon ataupun limau nipis sebiji dua dalam 1.5 liter air, bagi perasa sikit.
Kalau tak, susah juga nak minum air ni.
Jika susah juga, belilah Glucolin kat kedai tu, sekarang ni ada perasa Oren, Blackcurrant dan yang plain pun ada. Campur sikit je tau. Dalam 2-3 sudu besar untuk 1.5 liter air.
Dan, air ni boleh membantu kita turunkan berat badan sebab;
- Air tingkatkan kemampuan membakar lemak (metabolisma)
- Air kawal selera makan (cuba minum air sebanyak 0.5 liter setengah jam sebelum makan)
Air juga berguna dalam mengawal suhu badan. Ada satu "thermostat" kat belakang cuping telinga kita yang mengawal suhu badan. Air yang cukup akan mengembangkan kelenjar ini dan membantu kita supaya kita tak sejuk sangat dan tak panas sangat apabila ada keadaan suhu yang diluar jangkaan kita.
SELAMAT MENCUBA!
June 13, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: cara mengatasi demam, demam dan cara mengatasinya, suhu badan · Posted in: Masalah Kesihatan
Cara Pengambilan Herbalife yang Betul
Hari ini dalam jam 8 pagi, saya dihubungi oleh seorang insan yang dalam dilema. Saya panggil insan ini “Nyl” untuk memudahkan saya menulis.
Nyl telah mendapatkan produk Herbalife dari seorang distributor yang tinggal berhampiran dengan kediaman Nyl. Nyl juga dapatkan khidmat nasihat dari distributor ini, namun selepas 3 minggu Nyl dapati berat badannya meningkat, seluar semakin ketat dan suaminya komplen sebab Nyl nampak semakin “gebu”.
Nyl cuba dapatkan khidmat nasihat dari saya kerana distributor yang Nyl dapatkan produk Herbalife ni tak nak berikan money back seperti yang Herbalife janji “30 days money back guarantee”.
Ikut perjanjian ataupun RULES OF CONDUCT AND DISTRIBUTOR POLICIES dari Herbalife;
Rule 19-B Customer Refund Policy
The Herbalife products have a 30-day money-back guarantee for the retail customer. The thirty (30) days commences on the date the customer receives the product. When a
customer requests the guarantee be honoured, the Distributor must respond quickly and courteously. They may offer the customer a choice of a full refund of the purchase
price or full credit for exchange of other Herbalife products in accordance with the return procedures set forth in the book. The Distributor must honour the customer’s choice. (See
procedures on page 16 of the “Sales and Marketing Plan“ section.)
Saya sebagai salah seorang distributor Herbalife sangat kesal dengan apa yang berlaku.
(1) Nyl diberikan layanan yang tidak berapa sedap telinga dengar yang mana Nyl dipersalahkan kerana cara ambil produk tidak betul. Nyl tidak dibenarkan untuk mengambil nasi langsung!
Pengambilan produk yang betul;
<Perkara Penting 1>
Saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 16KG dalam masa 2 bulan setengah dengan aturan kehidupan harian seperti berikut;
Pagi: Shake Herbalife (250ml Air Soya + 250ml Air Kosong + 2 sudu mengunung Formula 1 + 2 Sudu mengunung Formula 3). Saya Blender ke semua bahan ni dan minum perlahan-lahan. Ini SAHAJAlah sarapan saya.
10 pagi: Saya minum tea mix. (250ml air suam + setengah sudu teh Tea Mix – Perasa Lemon & Hibiscus)
12 tengahari: Saya makan nasi. Kuantitinya sama macam saya makan masa saya gemuk dulu. Saya pastikan ada ayam atau ikan atau tempe dan tak boleh tak ada sayur. Ikan, ayam, tempe dan sayur nilah yang bagi kita banyak protein.
Protein bagi perut kita kenyang lama. Dan protein perlu untuk bina otot. Otot Banyak = Metabolisma tinggi = Banyak lemak dibakar = Cepat kurus!
3 petang: Tea Mix secawan lagi. Kadang-kadang saya makan pisang atau epal merah sebab lapar. Ini berlaku kerana makan tengahari tadi tak cukup protein, jadi kita lapar cepat. Kalau lapar sangat, saya minum shake sekali lagi.
6 petang: Tea Mix secawan lagi.
8 malam: Saya minum shake seperti saya minum masa sarapan tadi. Cuma malam, saya cuba buat kreatif sikit, saya biasanya blender dengan pisang, epal, nenas, mangga, oat, kismis, nestum original untuk mempelbagaikan rasanya.
<Perkara Penting 2>
Minum Air Kosong Secukupnya!
Secara berterus-terang saya boleh simpulkan bahawa orang Melayu MEMANG kurang minum air. Rata-rata pelanggan saya apabila saya tanyakan pada peringkat permulaan program, mereka memang susah sangat nak minum air. Ada yang hanya minum 2 mug sepanjang seharian mereka di pejabat!
Dalam produk Herbalife ni, ada fiber dan herba yang akan menyerap atau mengunakan air yang ada dalam badan kita.
Saya akan rasa kekeringan selepas 5 minit minum shake. Jadi saya akan minum air kosong sedikit demi sedikit terutama sekali selepas minum shake.
Berapa liter air yang cukup?
Setiap individu mempunyai keperluan air yang berbeza. Untuk panduan, bahagikan berat badan anda sekarang dengan 25. Hasilnya adalah LITER air yang anda perlu minum.
*Contoh, berat 50kg dibahagi 25. Jadi perlulah minum 2 liter air.
Tetapi ingat kesederhanaan, janganlah pula kita minum air sehingga 6-7 liter sehari. Ini dikira menyeksa.
Mengikut pengalaman saya, individu yang mengunakan produk Herbalife untuk turunkan berat badan, mengalami penurunan berat yang agak lambat jika mereka minum air dalam kuantiti yang sedikit.
Disebabkan oleh kekeringan, individu ini akan merasa pening, loya dan mungkin akan menyebabkan sembelit.
*Produk tidak akan menyebabkan individu ini merasai kesan di atas, tetapi disebabkan kekeringan ini tadi, kesan di atas akan dirasai.
Dengan panduan dan cara pengambilan yang betul, SEMUA orang akan pasti berjaya!
<<<Klik Disini Untuk Menurunkan Berat Badan>>>
May 31, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: cara ambil herbalife, herbalife product, minum air kosong, turunkan berat badan · Posted in: Diet Seimbang, Malaysia Herbalife Distributor, Pengurusan Berat Badan
Herbalife di Pantai Timur
Trak Herbalife di Pantai Timur.
Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 18 May 2011
Tempat: The Store, Pasar Wan Khadijah
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh: 19 May 2011
Tempat: Mydin Mall
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh: 20 May 2011
Tempat: Astaka Kompleks
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Kuantan, Pahang
Tarikh: 21 May 2011
Tempat: Giant Hypermarket
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Kuantan, Pahang
Tarikh: 22 May 2011
Tempat: Kuantan Parade
Masa: 11 pagi hingga 8 malam
Hadirkan diri untuk berbagai acara menjurus kepada kesihatan.
May 18, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: herbalife · Posted in: Malaysia Herbalife Distributor
Tekanan Perasaan Punca Kegemukan
Antara punca kegemukan, salah satunya ialah tekanan atau stress jika disebut dalam bahasa Inggeris. Kali ni saya nak kupas dengan mendalam tentang tekanan ni dan kemudian saya akan dedahkan cara tersusun bagaimana untuk KURANG-ELAK-ADAPTASI tekanan supaya kita boleh jalani kehidupan yang lebih bermakna selepas ni.
Oleh kerana topik tekanan ni sangat meluas, saya akan menulis artikel ini secara berperingkat-peringkat. Jadi, rajin-rajinlah datang ke laman blog saya ni. Kalau nak senang Bookmark saya punya laman blog ni.
Artikel kali ni saya akan dibahagikan kepada beberapa siri;
Siri 1 (Artikel Sekarang Ni) – Pengenalan
Siri 2 – Mengenal Punca Tekanan
Siri 3 – Bagaimana kita boleh hadapi tekanan
Siri 4 – Cara Elak Tekanan yang Tidak Sepatutnya
Siri 5 – Cara Mengubah Keadaan
Siri 6 – Adaptasi Punca Tekanan
Siri 7 – Terima Keadaan Seadanya
Siri 8 – Cipta Masa untuk Keseronokan dan Rehat
Siri 9 – Bina Kehidupan yang Sihat
Untuk kali ni, saya try tulis sikit pengenalan tentang tekanan ni.
Kita nampak macam kita tak boleh buat apa-apa dengan tekanan yang melanda hidup kita sekarang. Tuntutan kewangan, tuntutan perhubungan, baik rakan mahupun dari pasangan hidup kita. Bil elektrik, air, tv satelit dan macam-macam lagi keperluan sentiasa menjerut kehidupan kita.
Tetapi sebenarnya kita boleh kawal tekanan ini dan ia tidaklah sesusah yang kita sangkakan. Pengurusan Tekanan adalah berkait rapat dengan bagaimana kita "bertanggungjawab". Kita bertanggungjawab terhadap cara kita berfikir, emosi kita, jadual harian kita, persekitaran kita dan cara bagaimana kita kendalikan masalah yang melanda kita.
Target kita adalah untuk menjalani satu kehidupan yang seimbang. Seimbang ni maknanya kita ada masa untuk kerja, kita ada masa untuk pasangan kita, ada masa untuk berehat dan menikmati keseronokan hidup.
OK, saya nak tanya pada anda, apa yang paling menekan kehidupan sekarang?
- Kewangan?
- Pasangan hidup?
- Anak-anak?
- Kerja?
- Bos?
Kalau anda tak tahu apa yang paling menekan hidup sekarang, maknanya anda tak dapat selesaikan masalah tekanan yang melanda hidup sekarang ni.
Nanti dalam artikel saya yang seterusnya, saya akan kupas pula tentang punca tekanan.
May 6, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: kegemukan, tekanan perasaan · Posted in: Masalah Kesihatan, Pengurusan Berat Badan
Diet Tanpa Nasi
Nasi selalu dijadikan punca kepada kegemukkan tanpa kita sebenarnya tahu apakah kaitan nasi dengan obesiti.
Tak kurang ramainya orang diet tanpa nasi di Malaysia ini. Saya juga pernah dengar selebriti wanita kita menurunkan berat badannya dengan cara diet tanpa nasi selama lebih dari setahun!
Adakah diet tanpa nasi ini berkesan?
Sebelum kita mendalami jawapan kepada soalan keberkesanan diet tanpa nasi ini, mari kita dalami “Nasi” itu sendiri.
Kandungan dalam Nasi
Berikut adalah apa yang terkandung dalam 100g nasi putih. (Sepinggan nasi)
Kalori – 360Kcal
Air – 12g
Protein – 7g
Lemak – 1g
Karbohidrat – 79g
Serat – 1g
Gula – kurang dari 1g
Zat Besi – 0.8mg
Mangan – 1.1mg
Kalsium – 28mg
Magnesium – 25mg
Fosforus – 115mg
Potassium – 115mg
Zink – 1.1mg
Vitamin B5 – 1.0mg
Vitamin B6 – 0.2mg
Vitamin B9 – 8ug
Vitamin B1 – 0.1mg
Vitamin B2 – Kurang dari 0.1mg
Vitamin B3 – 1.6mg
Perkara Penting Dalam Diet
Kemudian kita dalami pula apa yang perlu kita lihat atau pantau masa kita diet ni. Perkara yang panas dan perlukan perhatian ialah;
- Kalori
- Karbohidrat
- Gula
Jika kita lihat kandungan dalam sepinggan nasi, Kalori – 360kcal, Karbohidrat – 79g dan Gula kurang dari 1g.
Secara amnya, badan manusia disarankan untuk mengambil kuantiti berikut dalam seharian;
- Kalori – Lelaki 2000 kalori, Wanita 1800 kalori
- Karbohidrat – 300g
- Gula – Tidak melebihi dari 25% total kalori
Jika kita makan nasi 2 pinggan sehari, maknanya;
Kalori = 360kcal X 2 = 720kcal = 36% dari total kalori yang dibenarkan
Karbohidrat = 79g X 2 = 158g = 52.6% dari total Karbohidrat yang dibenarkan
Gula = 2g = Tak cukup nak kira peratusan……
Adakah Diet Tanpa Nasi memberikan kesan?
Jawapannya? YA dan TIDAK. Berdasarkan fakta di atas, kita tidak sepatutnya mendera badan kita dengan tidak makan nasi. Nasi ini telah menjadi makanan ruji kita dari mula kita lahir lagi.
Penderaan kepada badan akan mengakibatkan deraan psikologi. Diet tanpa nasi ini seperti kita menyelam di dalam air, nafas yang kita tahan itu ibaratkan sebagai nasi. Tiba pada satu tahap masa, kita tidak boleh tahan nafas lagi. Kita akan naik ke permukaan dan sedut “nasi” dalam kuantiti yang banyak dari sepatutnya.
Jadi, pilihlah alternatif lain untuk berdiet. Bukan kita tidak makan langsung, tapi kita kurangkan kuantitinya.
May 5, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: diet tanpa nasi, kalori, nasi · Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan
Makan & Minum Sebelum Jogging
SOALAN: Apa yang patut saya makan dan minum sehari sebelum saya berlari jarak jauh?
Persoalan ini banyak menyentuh tentang persediaan badan kita dari segi zat makanan dan hidrasi sebelum badan kita menempuh satu “penderaan” yang berpanjangan. Contohnya di sini ialah kita berlari untuk satu jarak yang panjang, marathon contohnya.
Biasanya, 2 hari sebelum marathon, kita kena makan banyak karbohidrat. Makan yang berkarbohidrat tinggi adalah seperti nasi, kentang, buah-buahan seperti pisang, roti atau pasta. Elakkan makan makanan yang menghasilkan angin dalam perut seperti kacang atau apa sahaja makanan yang buat perut anda rasa tak selesa.
Minum air yang banyak. Hari-hari sebelum larian adalah sangat penting untuk kita hidrasikan badan kita secukupnya.
Manakala, pada pagi hari sebelum larian dibuat, sarapan menjadi agenda yang sangat penting. Masih lagi karbohidrat menjadi asas yang sangat diperlukan. Sambil itu ambil sedikit protein. Makan makanan yang selalu kita makan semasa kita buat latihan larian sebelum ni. Elakkan mencuba makanan baru.
Sejam sebelum larian, kita minum air dalam 500-600ml. Kemudian, berhenti minum supaya pundi kencing kita kosong.
Kemudian, 10 minit sebelum larian bermula, kita minum dalam 200-250ml air bertujuan untuk elakkan kita dari kekeringan.
May 5, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: air, latihan larian, makan dan minum sebelum jogging, marathon · Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan
Tips Jogging Berpasangan
Kebanyakan daripada kita yang mengamalkan berjogging kerana kita diajak oleh kawan kita. Jarang-jarang kita mula berlari kerana desakan diri kita sendiri, ini adalah kerana senaman telah menjadi satu bebanan kepada kita yang hidup di zaman moden sekarang ni.
Berjogging dengan rakan sebenarnya sangat baik kerana;
- Menjadikan kita bersemangat untuk berjogging dalam jangka waktu yang lebih panjang
- Menimbulkan rasa “seronok” kerana kita ada teman untuk berbual
- Meningkatkan pencapaian kita semasa berlari, kerana biasanya kita akan berlari dalam jarak yang lebih jika kita berpasangan
- Meningkatkan motivasi
- Mengeratkan silaturrahim antara rakan
Satu lagi, bila kita berjogging bersama dengan rakan secara berkala, jika seorang berasa “down” maka seorang lagi biasanya menjadi pemangkin semangat untuk kita berlari semula.
Tetapi adalah elok untuk kita lakukan beberapa perkara sebelum kita mula berlari atau berjogging bersama rakan ataupun mungkin ahli keluarga kita yang lain;
- Bincangkan matlamat kita. Kita sepatutnya punyai matlamat yang sama dengan pasangan larian kita. Ini adalah untuk mengelakkan konflik dikemudian hari. Mungkin matlamat rakan kita adalah untuk memenangi marathon, tetapi kita pula nak berlari kerana nak seronok-seronok mengambil angin. Ini boleh menyebabkan kita bertelingkah apabila rakan kita mula berlari laju!
- Tetapkan Jadual. Bila nak tetapkan jadual, kita kena tetapkan: Bila? Di mana? Berapa kali? dan beberapa perkara sampingan lain yang mungkin boleh memantapkan lagi strategi larian bersama ini.
- Buka minda untuk sebarang perubahan. Bila kita dah mula berlari dan kekalkan momentum dalam jangka masa yang agak lama, kemungkinan besar, matlamat kita mungkin akan berubah. Dari berlari anak, menjadi speed jogging. Sebelum berubah, kita kena juga bincang dengan partner kita.
Rakan atau pasangan yang kita ada untuk berlari atau berjogging bersama ni terlalu berharga sebenarnya. Jadi kita kena gilap hubungan kita dengan pasangan larian kita agar kita terus berjaya bersenam dengan lebih banyak keseronokan.
May 4, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: berlari, berpasangan, jogging · Posted in: Pengurusan Berat Badan
Obesiti di Kalangan Kanak-kanak
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa BMI kanak-kanak sekolah akan dicatatkan di dalam kad laporan.
Boleh saya katakan bahawa murid sekolah sekarang ni ramai yang obes. Hasil pemerhatian saya semasa menghantar dan mengambil anak dari sekolah, hampir 30 peratus pelajar sekolah rendah mengalami obesiti.
Terutama sekali sekolah di bandar. Apabila saya menanyakan rakan saya yang bekerja sebagai guru di kawasan perkampungan, obesiti pelajar adalah sangat rendah.
Saya cuba bandingkan apa yang berbeza antara keadaan di bandar dan di kawasan kampung;
|
Kampung |
Bandar |
| Murid kampung jalan kaki ke sekolah. | Murid naik bas sekolah, anak dihantar ibu-bapa |
| Lepas sekolah anak mandi sungai, pergi ke hutan lastik burung sambil makan buah-buah hutan | Lepas sekolah main Play Station 3, X-Box sambil makan kentang goreng dan nugget goreng yang disediakan bibi |
| Mak selalunya suri rumah sepenuh masa, makanan di masak sendiri | Mak dan ayah terpaksa kerja untuk sara hidup yang tinggi. Gaji mak kena bayar loan rumah jadi selalu kena makan kat luar sebab mak balik lambat. Ayah pulak tak reti masak |
| Takde restoran yang boleh pandu lalu beli burger | Setiap 2km ada satu restoran yang sediakan makanan segera tanpa perlu turun dari kereta untuk beli. |
Saya tak perlu analisa lagi kesannya. Cuma ada beberapa perkara yang memburukkan keadaan.
- Anak dah tak banyak bergerak
- Makanan anak dah banyak yang tak sihat dan mengemukkan
- Budaya kita ke arah budaya barat, lihat sahaja orang Amerika dan Britain kegemukkan dah jadi satu isu yang tak dapat kerajaan handle. Kita dah ke arah sana
- Ilmu kesihatan ibu-bapa kurang, sebab kebanyakan mereka tidak mengendahkan keadaan anak, sebab mereka sendiri pun tidak perasan yang mereka obes
Kerajaan menekankan tindakan untuk elak penjual makanan jajan di sekitar sekolah, tapi yang saya nampak, kebanyakan murid ni bawa makanan jajan dari rumah.
Saya amat berharap agar tindakan yang lebih efektif diambil kerana jika kita tidak tahu punca masalah yang sebenar, tindakan yang kita ambil hanya sebagai satu “hiasan”, bukannya menyelesaikan.
April 21, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: makanan sihat, murid, obesiti · Posted in: Masalah Kesihatan
Sakit Jantung
Ahad lepas, saya pergi ke rumah sahabat lama saya. Kami dah lama tak berjumpa, tetapi ada juga beberapa kali berhubung melalui sms dan telefon.
Borak-borak berterusan, sehinggalah terkeluar dari mulut isteri rakan saya mengatakan suaminya mengalami sakit dada di sebelah kiri dan selalu sesak nafas.
Sudah beberapa kisah penyakit ini saya temui dan nampaknya “penyakit” sudah menjadi sinonim.
Tetapi, wajarkah kita yang berumur 30 – 40 tahun ni menderita? Jantung dan buah pinggang bukanlah organ sampingan yang kita tidak perlukan. Tangan jika tiada sebelah, kita masih boleh hidup. Kaki jika tiada sebelah, kita masih boleh tersenyum dan menikmati kenikmatan dunia, sambil kita bersedia menghadapi akhirat.
Apa itu Sakit Jantung (Heart Attack)?
Sakit jantung ni umumnya ialah satu keadaan dimana saliran darah ke otot jantung tersekat. Jika aliran darah yang tersekat ini tidak dirawat dengan kadar segera, otot jantung ini akan musnah kerana tiada bekalan oksigen.
Apakah penyebab Sakit Jantung?
Sakit jantung ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat. Umum mengelar keadaan ini sebagai Coronary Artery Disease (CAD). Enapan akan berlaku pada dinding arteri (salur darah) dan ia sebenarnya mengambil masa. Enapan ini biasanya adalah kolesterol.
Apabila enapan ini semakin banyak, salur darah menjadi semakin sempit. Aliran darah akan menjadi semakin laju, seperti getah paip yang dipicit hujungnya. Tiba suatu masa, enapan ini akan pecah dan menyebabkan sel darah berkumpul pada tempat enapan pecah ini.
Semakin lama, darah ini akan menyumbat saluran darah dan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung terhenti.
Akibat dari keadaan ini, otot jantung akan mati dan berhenti berfungsi.
Apakah tanda Sakit Jantung?
Sakit jantung ni tidak semestinya berlaku tiba-tiba. Ia biasanya menunjukkan beberapa tanda seperti;
- Sakit dada atau rasa tidak selesa pada kawasan dada – Sakit dada akan berlaku pada bahagian tengah dada kita. Sakit dada ini biasanya akan datang dan berlaku selama beberapa minit. ATAU ada yang sakit sekejap, hilang dan sakit semula kemudian hilang.
Manakala rasa tidak selesa pula adalah seperti merasakan dada ditekan, rasa seperti keadaan dimana kita tidak hadam dan kadang-kala kita rasa seperti pedih ulu hati.
- Rasa tidak selesa pada tangan (sebelah atau kedua-dua sekali).
- Pendek nafas (sesak nafas) datang bersama sakit di dada atau sebelum sakit dada datang
- Rasa sakit pada perut, muntah, pening ringan atau pengsan
Macam-mana nak elak Sakit Jantung?
- Kurangkan makanan berlemak tinggi.
- Kurangkan berat badan jika kita gemuk
- Berhenti merokok
- Bersenam, buat yang keras punya supaya otot jantung jadi kuat
- Jika didiagnos dengan kolesterol yang tinggi dalam darah, makan ubat untuk turunkan kolesterol ini kalau senaman dan pemakanan sihat tak berapa nak menjadi
- Jika ada tekanan darah tinggi, ambil ubat jugak kalau kita tak boleh nak turunkannya melalui gaya hidup yang sihat.
- Jika ada kencing manis (diabetes), ambil ubat juga jika kita tak boleh nak control kandungan gula dalam darah kita.
Nampaknya hidup kita makin kompleks. Apabila kita tidak berada dalam keadaan yang tip-top, akan ada banyak masalah kesihatan yang menimpa kita.
Pemakanan adalah punya kebanyakan penyakit, seperti yang agama kita ajar;
“Perut adalah punca segala penyakit”
Sudah tiba masanya kita muhasabah diri dan jaga kesihatan kita.
January 25, 2011
·
admin ·
No Comments
Tags: sakit jantung · Posted in: Masalah Kesihatan
