Sakit Jantung

Ahad lepas, saya pergi ke rumah sahabat lama saya. Kami dah lama tak berjumpa, tetapi ada juga beberapa kali berhubung melalui sms dan telefon.

Borak-borak berterusan, sehinggalah terkeluar dari mulut isteri rakan saya mengatakan suaminya mengalami sakit dada di sebelah kiri dan selalu sesak nafas.

Sudah beberapa kisah penyakit ini saya temui dan nampaknya “penyakit” sudah menjadi sinonim.

Tetapi, wajarkah kita yang berumur 30 – 40 tahun ni menderita? Jantung dan buah pinggang bukanlah organ sampingan yang kita tidak perlukan. Tangan jika tiada sebelah, kita masih boleh hidup. Kaki jika tiada sebelah, kita masih boleh tersenyum dan menikmati kenikmatan dunia, sambil kita bersedia menghadapi akhirat.

 

Apa itu Sakit Jantung (Heart Attack)?

Sakit jantung ni umumnya ialah satu keadaan dimana saliran darah ke otot jantung tersekat. Jika aliran darah yang tersekat ini tidak dirawat dengan kadar segera, otot jantung ini akan musnah kerana tiada bekalan oksigen.

 

Apakah penyebab Sakit Jantung?

Sakit jantung ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat. Umum mengelar keadaan ini sebagai Coronary Artery Disease (CAD). Enapan akan berlaku pada dinding arteri (salur darah) dan ia sebenarnya mengambil masa. Enapan ini biasanya adalah kolesterol.

Apabila enapan ini semakin banyak, salur darah menjadi semakin sempit. Aliran darah akan menjadi semakin laju, seperti getah paip yang dipicit hujungnya. Tiba suatu masa, enapan ini akan pecah dan menyebabkan sel darah berkumpul pada tempat enapan pecah ini.

Semakin lama, darah ini akan menyumbat saluran darah dan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung terhenti.

Akibat dari keadaan ini, otot jantung akan mati dan berhenti berfungsi.

 

Apakah tanda Sakit Jantung?

Sakit jantung ni tidak semestinya berlaku tiba-tiba. Ia biasanya menunjukkan beberapa tanda seperti;

  • Sakit dada atau rasa tidak selesa pada kawasan dada – Sakit dada akan berlaku pada bahagian tengah dada kita. Sakit dada ini biasanya akan datang dan berlaku selama beberapa minit. ATAU ada yang sakit sekejap, hilang dan sakit semula kemudian hilang.

    Manakala rasa tidak selesa pula adalah seperti merasakan dada ditekan, rasa seperti keadaan dimana kita tidak hadam dan kadang-kala kita rasa seperti pedih ulu hati.

  • Rasa tidak selesa pada tangan (sebelah atau kedua-dua sekali).
  • Pendek nafas (sesak nafas) datang bersama sakit di dada atau sebelum sakit dada datang
  • Rasa sakit pada perut, muntah, pening ringan atau pengsan

 

Macam-mana nak elak Sakit Jantung?

  1. Kurangkan makanan berlemak tinggi.
  2. Kurangkan berat badan jika kita gemuk
  3. Berhenti merokok
  4. Bersenam, buat yang keras punya supaya otot jantung jadi kuat
  5. Jika didiagnos dengan kolesterol yang tinggi dalam darah, makan ubat untuk turunkan kolesterol ini kalau senaman dan pemakanan sihat tak berapa nak menjadi
  6. Jika ada tekanan darah tinggi, ambil ubat jugak kalau kita tak boleh nak turunkannya melalui gaya hidup yang sihat.
  7. Jika ada kencing manis (diabetes), ambil ubat juga jika kita tak boleh nak control kandungan gula dalam darah kita.

 

Nampaknya hidup kita makin kompleks. Apabila kita tidak berada dalam keadaan yang tip-top, akan ada banyak masalah kesihatan yang menimpa kita.

Pemakanan adalah punya kebanyakan penyakit, seperti yang agama kita ajar;

“Perut adalah punca segala penyakit”

Sudah tiba masanya kita muhasabah diri dan jaga kesihatan kita.

January 25, 2011 · admin · No Comments
Tags:  Â· Posted in: Masalah Kesihatan

Senaman Pagi Hari

Pagi ni saya cuba untuk bangun awal dan senaman. Nampaknya kesannya sangat baik. Saya rasa sangat segar pagi ini terutama sekali selepas mandi pagi. Air memang sejuk sangat, terutama sekali sekarang ni musim hujan.

Senaman sebelah pagi hari ni memang banyak kebaikannya. Antaranya ialah;

  • Bagi yang sibuk disebelah siangnya. Kita bangun awal, mungkin dalam jam 5.00 pagi. Tetapi sebelah malamnya kita kena tidur awallah. Seeloknya kita dapat tidur selama 6 jam. Jadi jam 11.00 malam adalah masa yang sangat baik untuk kita tidur. Jadi walau macam mana sibuk sekali pun kita, kita dapat luangkan masa untuk senaman.
  • Senaman akan meningkatkan kadar metabolisma kita kerana apabila kita lakukan senaman, otot kita akan “luka”, luka ini akan ditampal dengan protein dan akan menyebabkan otot kita bertambah beratnya dan saiznya (wanita jangan takut pula, sebab otot wanita tak macam otot lelaki). Satu kilogram otot akan meningkatkan kadar metabolisma kita sebanyak 30 kalori!
  • Membina mood yang baik dari pagi lagi.
  • Mengurangkan stress.
  • Berikan kita lebih tenaga sepanjang hari.
  • Kita dapat merasai kenikmatan mandi pagi. Mandi pagi ni boleh mengelakkan demam dan sakit kepala.
  • Hidup lebih teratur. Kita bangun awal dan kita akan dapat lakukan banyak perkara dari awal pagi lagi. Bayangkan, sebelum jam 6.30 pagi, kita dah, (1) Senaman (2) Mandi (3) Solat Subuh (4) Makan sarapan (5) Siap untuk ke tempat kerja. Berlainan pula dengan orang yang bangun 6.30 pagi, satu benda pun dia tak buat lagi, dan pasti kelam kabut.

Setelah selesai urusan saya disebelah pagi, saya terus menyediakan sarapan pagi saya dengan mengunakan Formula 1 untuk saya bekalkan zat makanan terutama sekali protein untuk otot saya yang telah “luka” kerana senaman tadi.

Saya rasa lebih segar!

January 12, 2011 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan

Sarapan Pagi Sihat

Pagi merupakan masa untuk kita “isi minyak”, kerana jadual kita biasanya akan mula jadi sangat padat selepas waktu melepasi 7.00 pagi. Pernahkan kita tanya pada diri kita bahawa;

“Adakah aku berikan yang terbaik kepada tubuh aku setiap pagi?”

Cuba kita renungkan kembali.

Badan kita sangat kompleks dan ia memerlukan bermacam-macam jenis zat makanan untuk ia berfungsi dengan baik.

Saya sentiasa cuba dapatkan yang terbaik untuk diri saya. Pagi adalah amat penting untuk saya.

Berikut adalah menu yang sentiasa mewarnai pagi saya lebih dari 4 tahun dah sekarang;

  1. Susu Soya – 250ml
  2. Oat – 4 sudu besar
  3. Air kosong – 250ml
  4. Formula 1 – 2 sudu besar
  5. Serbuk Milo – 1 sudu besar

Kesemua bahan di atas saya blender dalam 1 minit. Hasilnya, minuman pagi yang mengenyangkan saya sehingga jam 12.00 tengahari. Saya ambil sarapan saya dalam jam 6.15 pagi.

Alhamdulillah ia mengenyangkan dan apa yang saya perasan, saya lebih bertenaga, badan ringan dan saya tak rasa bloating.

Pembuangan air besar dan kecil juga sangat lancar.

Yang paling penting bagi saya, saya tidak pernah ke klinik dalam masa 4 tahun lebih ni.

Saya rasa kesihatan (badan dan kewangan) adalah satu anugerah yang sangat diperlukan oleh setiap insan.

“Apa yang perlu kita lakukan?”

Apa yang saya amalkan sekarang setiap hari ialah;

  1. Monitor apa yang saya makan
  2. Pastikan saya minum air yang secukupnya
  3. Cuba sedaya upaya untuk bergerak aktif secara fizikal
  4. Tidur yang secukupnya
  5. Berusaha untuk menambah pendapatan secara Halal
  6. Berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kehendak
  7. Membantu orang lain untuk lakukan perkara-perkara di atas
  8. Beribadat kepada Allah
  9. Sentiasa berada dalam keadaan Positif

Semoga ianya menjadi panduan dan motivasi kepada saya untuk terus berjuang demi kesenangan dunia dan akhirat.

January 8, 2011 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang, Malaysia Herbalife Distributor, Pengurusan Berat Badan

Selamat Tahun Baru 2011

2010 dah berlalu pergi. Memang begitu cepat masa berlalu. Ini menandakan kita berada di akhir zaman.

Saya mengimbau kembali perkara, peristiwa, kejadian yang berlaku sepanjang perjuangan saya pada tahun 2010.

Lumrah alam, ada yang menarik, ada yang memilukan dan tak kurang juga yang menduga.

Azam tahun 2011, “Kekal Sihat”. Itulah temanya.

Sihat ni merangkum banyak perkara. Bukan sahaja fizikal, tetapi kesihatan yang merangkumi mental, hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dan Tuhan dan tak juga kurang pentingnya “sihat ekonomi”.

Saya juga berharap, pembaca blog saya mementingkan juga kesihatan kerana kesihatan ni sebenarnya punca segala-galanya.

  • Jika kita sihat, ibadat kita mantap
  • Jika kita sihat, kerja kita fokus, disayangi majikan (jika makan gaji)
  • Jika kita sihat, kerja kita berganda-ganda, untung lebih (jika berniaga sendiri)
  • Jika kita sihat, fikiran kita lebih kreatif, idea lebih bernas
  • Jika kita sihat, orang yang bergantung dengan kita rasa selesa
  • Jika kita sihat, kita boleh berkhidmat kepada orang lain dengan sempurna
  • Jika kita sihat, hidup kita lebih bermakna.

Dan macam-macam lagi perkara positif yang berkait rapat dengan kesihatan.

Saya berazam untuk memperbaiki apa yang tidak betul pada diri saya.

 

Manage Myself Better

“Manage” atau mengurus (urus) ni membawa maksud bahawa kita “in control”. Tetapi jika kita tidak sihat, berat badan berlebihan, ini bermakna kita “lost control”.

Kita tak pandai “manage” atau urus diri kita sendiri. Memalukan juga ya. Bayangkanlah kalau kita ni Manager di sebuah syarikat multi-nasional, tetapi kita gemuk. Maknanya kita ni tak layak jadi manager?

Hmmm…persoalan yang sensitif.

 

Mari Berubah

Namun, perubahan terletak pada pilihan kita sendiri. Kita berkuasa penuh untuk memilih sama ada kita nak;

  • Sihat atau Sakit
  • Langsing atau Gemuk
  • Kacak atau Selekeh
  • In Control atau Out Of Control
  • Beriman atau Tidak

 

Pilih Jalan Betul

Saya? Saya akan cuba untuk pilih yang positif dan terus kekal positi.

Anda? Harapnya kita sama-sama jadi yang terbaik.

January 4, 2011 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Malaysia Herbalife Distributor, Pengurusan Berat Badan

Harga Kesihatan

Pagi ini saya terdengar satu iklan dari Kementerian Kesihatan Malaysia di radio perdana kita. Bunyinya lebih kurang begini;

“Dulu kawan dan keluarga selalu pesan untuk saya jaga kesihatan, tetapi saya ketawakan mereka……kini, saya sangat menyesal…buah pinggang saya mengalami masalah…”

Lebih kurang macam tulah bunyinya.

Saya cuba renungkan kata-kata tu secara mendalam. Saya ingat lagi beberapa peristiwa yang melanda saya dan orang terdekat.

 

Pembedahan Apendiks RM6,000

Salah seorang dari pekerja saya sakit perut yang agak kronik. Kemudian saya rujuk dia ke hospital kerajaan. Dah masuk hari ke-2 doktor masih tidak dapat lakukan apa-apa kerana kesesakan.

Jadi, saya keluarkan dia dari wad hospital kerajaan dan bawa ke hospital swasta. Di hospital swasta, dia disahkan mengalami jangkitan pada kantung apendiksnya.

Sebaik selesai pembedahan, bilnya RM6,000!

 

Pembedahan Ketumbuhan “Sis”

Sebelum ini, isteri saya mengalami ketumbuhan “sis”. Katanya macam kantung air tumbuh dalam perut.

Bila kantung air ni salah position, terbelit, ia amat menyakitkan.

Dipendekkan cerita, kos pembedahan RM5,000!

 

Buah Pinggang Gagal Berfungsi

Seorang rakan sekerja saya di syarikat lama (kawan memancing saya) mengalami masalah buah pinggang. Ceritanya dia dah bermasalah dengan buah pinggangnya dah lama.

Masa pertama kali saya ziarah dia di Hospital Universiti Malaya, dia sedang diberikan bantuan pernafasan. Air dah mula masuk dalam paru-parunya sebab buah pinggang dia dah tak boleh proses air.

Saya tak pasti berapa RM dia kena bayar, tetapi sekarang ni dia terpaksa menjalani dialisis (pembersihan darah) sebanyak 3 kali seminggu. Sekali RM140 (kalau tak silap saya). Bermakna setahun dia kena bayar RM20,160!

Pemindahan buah pinggang setahu saya kosnya RM300,000. Itupun kalau ada penderma.

 

Berapa Pula Nilai Kesihatan?

Di sini saya cuba kirakan berapa RM yang kita kena keluar untuk jadi sihat.

  • Sayur dan buah 3 hidangan sehari = RM7
  • Senaman 30 minit sehari = RM0
  • Shake Herbalife 1 cawan sehari = RM9

JUMLAH = RM480/bulan

Mahal? Tepuk dada tanya selera……

December 20, 2010 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang, Masalah Kesihatan

Berniaga

2 hari lepas, ada seorang pelanggan saya dari Gemas bertanyakan saya;
”Ada tak perniagaan yang boleh untung cepat?”.

Soalan yang agak sukar untuk saya jawab. Tapi saya kongsikan sedikit pengalaman saya dalam memajukan sesuatu perniagaan.

Berikut adalah ringkasan apa yang telah saya lalui;

 

Mula Berniaga

Saya terus terjun!

Saya tak buat persediaan rapi seperti orang lain yang selalunya buat kajian bertahun-tahun untuk bersedia.

Ilmu perniagaan saya agak cetek masa saya bina perniagaan Herbalife saya. Apa tidaknya, sebelum tu saya adalah seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat Jepun. Multinasional.

Saya belajar “along the way”. Banyak perkara yang saya lalui, banyak cabaran yang saya tempuhi, banyak dugaan yang saya atasi.

Nak kata “senang”….saya rasa tidak.

 

Cabaran

Cabarannya HEBAT!

Cuba bayangkan;

  • Income tak tetap (kadang-kadang ZERO!)
  • Hidup tak menentu masanya
  • Kerja kena kuat sepanjang masa
  • Masa rehat sangat singkat

Ini akan menghantui kita pada peringkat permulaan.

Ia akan menjadi sangat mencabar kalau sebelum ini kita kerja makan gaji. Kalau kerja makan gaji, kita dah terjamin akan dapat gaji pada hujung bulan. Ada lebih kalau kita ada “over time”.

 

Kerenah Pelanggan

Pelanggan ada macam-macam jenis, ada yang OK, kita rasa sangat selesa melayan kehendak mereka. Pelanggan yang positif macam ni 100% berjaya menurunkan berat badan mereka. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Ada yang “tak berapa nak OK”. Tengking kita, marah-marah dan macam-macam perlakuan yang kita tidak senangi.

Tapi, ikut pengalaman saya, dalam 3 ribu lebih pelanggan yang pernah berurusan dengan saya, hanya 3-4 orang sahaja yang memeningkan kepala. Ada yang tak logik langsung pun ada.

Antara yang tak logik…

  • Minta balik duit sebab dia kena beli air soya sendiri untuk bancuh produk
  • Berat tak turun, tapi selepas saya siasat, dia tak minum pun produk tu…
  • Barang dah ambil, tapi duit tak bayar! Saya Halalkan dah…

Jadi, saya belajar satu perkara.

“Usahakan 99.9% pelanggan positif, Lupakan 0.1% pelanggan Negatif”

Saya tidak rugi sangat untuk memulangkan duit 0.1% pelanggan yang negatif ni. Malahan saya akan rasa sangat lega kalau mereka ni semua bahagia dengan menyusahkan orang lain.

 

Perkhidmatan Pelanggan

Saya pernah tinggal di Jepun lebih dari 5 tahun. Saya dapat lihat dan rasa perkhidmatan pelanggan peniaga-peniaga di sana.

Satu perkataan yang saya boleh bagi….TIP-TOP!

Maknanya, tersangatlah bagusnya.

Mungkin kerana kesedaran ataupun budaya yang telah mereka terapkan sejak dahulu lagi. Ia jadi ikutan terus menerus, generasi ke generasi.

OK, saya listkan sedikit pengalaman saya berurusan dengan peniaga-peniaga di Jepun;

  • Customer service diaorang tak pernah tinggikan suara
  • Peniaga/pekerjanya akan ucapkan “Irasyaimase” bermaksud “selamat datang” untuk setiap pelanggan yang masuk ke premis mereka. Dan ucapkan “Arigato Gozaimashita” kepada pelanggan yang keluar, tak kira orang tu beli atau tak.
  • Masa ambil duit dari pelanggan, diaorang ada akad mereka sendiri. Mereka akan sebut “Saya terima 1000 yen”. Dan masa bagi balik bakinya, mereka akan sebut “Saya pulangkan 100 yen”.
  • Tak pernah walau sekali pun saya dengar peniaga diaorang ni meninggikan suara.

 

Malaysia Ketinggalan 30 Tahun?

Saya tak ingat dimana saya ada terbaca artikel yang mengatakan bahawa, keadaan Malaysia sekarang ini adalah seperti keadaan negara Jepun 30 tahun dahulu.

Mungkin ada betulnya dari segi beberapa aspek.

  • Internet di Jepun sekarang ini 50Mbps, Malaysia baru-baru ni sahaja capai 25Mbps, itupun beberapa kawasan perdana sahaja.
  • Rangkaian kereta api di Jepun meliputi hampir 98% kawasannya. Malaysia? Tepuk dada tanya diri sendiri.
  • Saya tak pernah jumpa lubang atas jalan raya di Jepun, Malaysia? Saya tak pernah jumpa jalan tanpa lubang!

 

Hujan Emas Di Negara Orang?

Walau bagaimanapun, sudah suratan yang saya dilahirkan di Malaysia. Memang setiap negara tu ada kebaikan dan kelemahan mereka tersendiri.

Cuma kita kena tune balik kita punya sikap atau dalam bahasa Inggerisnya “attitude”. Kita kena lebih berusaha, lebih fleksibel, sentiasa ingin memajukan diri dan yang paling penting, positif!

Semoga kerajaan yang memerintah, tidak kiralah pembangkang ke, mereka berpaksikan kepada kemajuan negara dan rakyat.

Bukan kemajuan rakyat di dalam rumah mereka sahaja.

December 15, 2010 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Malaysia Herbalife Distributor

Penipuan di Internet

Hari ni saya terdengar berita di radio perdana kita lebih kurang 7 pagi lebih. Ia mengatakan bahawa penipuan siber telah menyebabkan kerugian melebihi RM200 ribu sebulan.

Perkara ini sangat mengejutkan. Antara bentuk penipuan siber ialah;

  • Kita terima email yang meminta kita login dalam akaun internet banking kita. Mereka kata akaun kita ada masalah atau kita perlu kemas kini, tetapi sebenarnya ia adalah satu laman web cermin (palsu) yang akan menyimpan kita punya username dan password. Lepas tu penipu siber ni akan login dalam akaun kita, pindahkan wang yang ada dalam akaun mereka.
  • Email Spam yang macam saya selalu terima. Tak payah taja oranglah, tak payah cari oranglah, tapi yang dia hantar email suruh saya joint tu bukan taja orang? Bukan cari orang? Mmmm….jangan mudah tertipu dengan benda macam ni.
  • Yang ni pulak yang paling tak seronok, orang pamerkan barangan, suruh buat bayaran tapi barang tak sampai! Saya sebagai pengusaha perniagaan 100% internet ni, mengutuk 100% perbuatan seperti ini.

Semoga Allah memberikan balasan setimpal kepada mereka.

Jadi, sebelum buat belian, saya ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan.

  • Telefon bank dan tanyakan butiran akaun yang tertera di laman web penjual
  • Telefon penjual, kalau susah nak dapat atau cakap tergagap-gagap, mungkin kita kena lupakan penjual yang macam ni
  • Tengok address laman web penjual. Kalau ada belakangnya .blogspot.com ke, atau .wordpress.com atau typepad.com ke, yang ni semuanya free punya laman web yang mana kita boleh daftar tanpa bayaran. Untuk pengetahuan, kalau nak laman web sendiri, kita hanya perlu RM120 je setahun. Takkan peniaga tak mampu sebanyak ni kot?
  • Satu lagi, nak daftar laman web ni, kita kena masukkan particulars yang agak details sebelum kita boleh dapat laman web kita sendiri. Address laman web biasanya tak belit-belit. Contohnya macam laman web saya www.cyberslimcenter.com. Alamat email pun terus support@cyberslimcenter.com
  • Akhir sekali, biasanya kita boleh “hidu” penipuan ni berdasarkan kebersihan hati kita. InsyaAllah

Selamat Membeli Belah di Internet!

November 23, 2010 · admin · No Comments
Tags:  Â· Posted in: Malaysia Herbalife Distributor

Herbalife Price List

Saya selalu diajukan dengan soalan, berapakah harga sebenar produk Herbalife di pasaran sekarang. Ini adalah kerana di dalam internet ada berbagai-bagai harga mengikut keadaan semasa pengedar-pengedar tersebut.

Berikut adalah Herbalife Price List untuk barangan utama Herbalife Malaysia.

DC-Reflected F3 Tea Mix Herbal Aloe Drink Omega3

Formula 1 – RM163.08

Formula 3 – RM115.56

Tea Mix 50g – RM128.52

Tea Mix 100g – RM223.56

Herbal Aloe Concentrate – RM165.24

Omega 3 Fish Oil – RM153.36

*Herbalife Price List ini diupdatekan pada hari ini 15-November-2010.

 

Perubahan Herbalife Price List

Untuk pengetahuan semua, Herbalife akan memperbaharui kadar harga ini dari masa ke semasa. Boleh dikatakan setiap tahun, harga produk akan mengalami kenaikan.

Memang agak sedikit menganggu perasaan apabila Herbalife Price List bertukar, tetapi kita terpaksa menerimanya kerana secara logik, barangan akan meningkat harganya.

Mustahil untuk kekalkan harga dengan kualiti yang sama sepanjang masa. Semoga kita dapat yang terbaik.

 

<<<Klik Untuk Dapatkan Produk Herbalife Sekarang>>>

November 15, 2010 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Malaysia Herbalife Distributor

Diet Rendah Kalori

Kalori adalah perkataan yang sinonim untuk individu yang cuba untuk menurunkan berat badan.

Kita juga selalu disarankan untuk mengurangkan kalori dalam hidangan kita. Kita juga pening memikirkan apakah diet rendah kalori yang terbaik untuk kita.

 

Terlalu Rendah Tak Bagus!

Badan kita tidak boleh menerima perubahan yang terlalu drastik. Jika kita selalunya makan 3,000 kalori setiap hari, tiba-tiba kita amalkan diet rendah kalori sehingga kurang dari 800 kalori sehari, badan kita akan mengalami masalah.

Jika ingin juga mengamalkan diet rendah kalori, kita mesti mendapatkan pemantauan pakar. Diet dibawah 800 kalori sehari hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa singkat iaitu 3-6 bulan sahaja.

Jika berlebihan dari tempoh masa ini, diet rendah kalori ini akan membawa kepada implikasi yang tidak baik kepada kesihatan badan kita.

 

Golongan yang Biasanya Amal Diet Rendah Kalori

Biasanya, individu yang mengalami masalah berat badan yang serius sahaja digalakkan melakukan diet rendah kalori ini. Jika dikira dengan BMI, mereka diukur dengan BMI melebihi 30.

Kanak-kanak, ibu mengandung dan remaja tidak boleh menjalani diet rendah kalori. Ia memberikan banyak kesan negatif kepada mereka.

 

Berapa Minimum Kalori yang Badan Kita Perlukan?

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini diukur berdasarkan saiz dan jantina seseorang itu. Untuk mengamalkan diet rendah kalori, kita sepatutnya ambil sekurang-kurangnya 1,200 kalori.

Saya pernah mengamalkan diet rendah kalori ini untuk menurunkan berat badan saya. Dalam seharian saya ambil 2 shake Herbalife dan satu kali hidangan biasa.

Mengikut perkiraan kasarnya, saya ambil;

  1. Shake Herbalife X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori
  2. Makanan Biasa (Ayam, Sayur, Nasi) = 900 kalori
  3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori

Jumlah kalori seharian saya ialah 1,500 kalori.

Dibandingkan dengan corak pemakanan saya sebelum itu;

  1. Roti Canai X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori
  2. Makanan Biasa (Ayam/Ikan, Sayur, Nasi) X2 = 900 X 2 = 1,800 kalori
  3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori
  4. Air manis (1-2 cawan) = 150 kalori

Jumlah kalori sebelum diet rendah kalori saya ialah  2,550 kalori.

Hasilnya saya berjaya kurangkan 16kg dalam masa 2 bulan setengah.

 

Kesan Sampingan Diet Rendah Kalori

Saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Saya mengamalkan meminum air yang banyak sepanjang diet rendah kalori saya. Air yang banyak akan membantu badan saya mengadaptasi dengan perubahan yang saya lakukan.

Lagipun, diet rendah kalori saya tidak begitu drastik berbanding diet rendah kalori yang lain.

Namun begitu, bagi individu yang mengamalkan diet rendah kalori yang melibatkan pengurangan kalori sehingga kurang dari 800 kalori seharian, mereka akan mengalami kesan sampingan berikut;

  • Pening-pening
  • Rasa kurang bertenaga
  • Loya-loya
  • Cirit-birit
  • Sembelit

Kesan sampingan ini biasanya berlaku pada peringkat permulaan diet rendah kalori. Kemudian, badan akan mula proses adaptasi dan kesan sampingan ini akan mula hilang.

 

Cara Diet Rendah Kalori

Cara sebenarnya ialah dengan mengantikan makanan kita dengan makanan gantian. Makanan gantian ini boleh membawa 2 maksud, iaitu;

  1. Makanan yang sihat
  2. Supplement

Supplement biasanya memberikan khasiat yang badan kita perlukan dalam kadar yang cukup dan seimbang. Seimbang pula membawa maksud cukup segalanya.

Manakala makanan sihat pula adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

Ada yang salah tafsir, diet rendah kalori bagi mereka ialah mengurangkan makan. Mereka tidak makan malam contohnya.

Tafsiran ini silap. Jika kita tidak makan, kita akan mengalami reverse effect dimana metabolisma kita menjadi perlahan. Inilah perkara yang tidak mahu berlaku untuk kita sama ada kita dalam diet atau tidak.

 

<<<Klik Disini Untuk Diet Rendah Kalori yang Terbaik>>>

November 15, 2010 · admin · No Comments
Tags: ,  Â· Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan

Cara Diet yang Berkesan

Disebabkan oleh fenomena obesiti yang melanda negara Malaysia sekarang ini, dah terlalu banyak cara diet yang dicipta oleh pengusaha-pengusaha produk diet. Kita pun dah tak tahu mana cara diet yang berkesan.

Sebelum kita mencari apakah cara diet yang berkesan, kita kena tahu dulu apa sebenarnya yang menyebabkan kegemukan atau obesiti ni. Dari ilmu yang ada, dimana kita tahu puncanya, maka kita dengan mudah dapat mencari jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya, obesiti banyak puncanya. Antara yang dapat saya listkan di sini sebelum saya bincangkan cara diet yang berkesan ialah;

  • Keturunan – Dah disuratkan keluarga kita dari dulu lagi mewarisi genetik mudah naik berat badan ni.
  • Jantina – Nak atau tak nak, wanita lebih cenderung untuk mengalami masalah kegemukkan berbanding lelaki. Ini adalah kerana tahap metabolisma yang secara terus berkait dengan kapasiti otot. Lelaki mempunyai otot yang lebih banyak berbanding wanita. 1KG otot mampu bakar 31 kalori tanpa senaman!
  • Keadaan sekeliling – Orang bandar lebih mudah jadi gemuk kerana alam sekelilingnya yang memudahkan. Nak makan ada banyak kedai, tak perlu jalan jauh-jauh. Nak ke mana-mana, ada teksi, LRT, monorel, komuter, kereta sendiri, bas yang tak memerlukan kita berjalan jauh. Makanan pula disediakan segera dan perlu rasa sedap untuk mengatasi persaingan hebat di bandar. Sedap = kalori tinggi. Ini berbeza berbanding dengan keadaan di kampung. Kehidupan lebih tradisional dan perlukan kerja yang lebih.
  • Keadaan hormon badan – Memang tak dinafikan, beberapa hormon dalam badan yang tidak stabil pengeluarannya akan membawa kepada masalah kegemukan dimana selera makan kita bertambah, lebih dari biasa.

Namun begitu, paling mencabar sekali ialah MAKANAN. Kita tak akan mengalami kegemukkan jika kita hanya sedut udara dan minum air kosong.

Punca utama kegemukkan ialah MAKANAN. Tetapi manusia PERLU makan, jika tidak kita akan mengalami masalah kesihatan dan boleh bawa kepada kematian.

 

Cara diet yang berkesan

Setelah diamati punca kegemukkan ini, kita perlu mengatasi 2 perkara penting untuk mendapatkan cara diet yang berkesan;

  1. Memberikan makanan yang cukup (kuantiti dan khasiatnya) kepada badan
  2. Mengawal kandungan dan tahap kalori makanan yang diberikan kepada badan

Saya telah menemui cara diet yang berkesan dengan mengantikan makanan rutin saya. Seperti manusia biasa, saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 hidangan besar dalam sehari bagi tujuan untuk mengatasi masalah lapar.

Namun, makanan di Malaysia kebanyakkannya;

  • Berlemak tinggi
  • Berkalori tinggi
  • Bergaram tinggi
  • Bergula tinggi

Saya perlu elakkan makanan-makanan ini. TETAPI, jika saya tidak makan makanan di Malaysia yang punyai kepelbagaian dan keenakkan LUAR BIASA ini, saya tidak menikmati kehidupan.

Jadi, saya perlu memenuhi 2 perkara penting;

  • Memenuhi kehendak pemakanan
  • Memberikan khasiat yang cukup kepada badan untuk saya sihat

Inilah penyelesaiannya!

Saya gantikan 2 hidangan makanan saya dengan makanan gantian dan sekali dalam sehari, saya menikmati makanan kegemaran saya seperti nasi berlauk, mee bandung, sate, makanan segera lain dan beberapa hidang luar negara seperti dari Itali, Jepun dan sebagainya.

Hasilnya, saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 16KG dalam masa 2 bulan setengah.

1244  1233

Alhamdulillah, saya telah berjaya menemui cara diet yang berkesan!

 

<<<Tiru Macam Saya Sekarang…..Klik Di Sini>>>

November 10, 2010 · admin · No Comments
Tags: , , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang, Pengurusan Berat Badan