Sakit Jantung

Ahad lepas, saya pergi ke rumah sahabat lama saya. Kami dah lama tak berjumpa, tetapi ada juga beberapa kali berhubung melalui sms dan telefon.

Borak-borak berterusan, sehinggalah terkeluar dari mulut isteri rakan saya mengatakan suaminya mengalami sakit dada di sebelah kiri dan selalu sesak nafas.

Sudah beberapa kisah penyakit ini saya temui dan nampaknya “penyakit” sudah menjadi sinonim.

Tetapi, wajarkah kita yang berumur 30 – 40 tahun ni menderita? Jantung dan buah pinggang bukanlah organ sampingan yang kita tidak perlukan. Tangan jika tiada sebelah, kita masih boleh hidup. Kaki jika tiada sebelah, kita masih boleh tersenyum dan menikmati kenikmatan dunia, sambil kita bersedia menghadapi akhirat.

 

Apa itu Sakit Jantung (Heart Attack)?

Sakit jantung ni umumnya ialah satu keadaan dimana saliran darah ke otot jantung tersekat. Jika aliran darah yang tersekat ini tidak dirawat dengan kadar segera, otot jantung ini akan musnah kerana tiada bekalan oksigen.

 

Apakah penyebab Sakit Jantung?

Sakit jantung ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat. Umum mengelar keadaan ini sebagai Coronary Artery Disease (CAD). Enapan akan berlaku pada dinding arteri (salur darah) dan ia sebenarnya mengambil masa. Enapan ini biasanya adalah kolesterol.

Apabila enapan ini semakin banyak, salur darah menjadi semakin sempit. Aliran darah akan menjadi semakin laju, seperti getah paip yang dipicit hujungnya. Tiba suatu masa, enapan ini akan pecah dan menyebabkan sel darah berkumpul pada tempat enapan pecah ini.

Semakin lama, darah ini akan menyumbat saluran darah dan menyebabkan bekalan darah ke otot jantung terhenti.

Akibat dari keadaan ini, otot jantung akan mati dan berhenti berfungsi.

 

Apakah tanda Sakit Jantung?

Sakit jantung ni tidak semestinya berlaku tiba-tiba. Ia biasanya menunjukkan beberapa tanda seperti;

  • Sakit dada atau rasa tidak selesa pada kawasan dada – Sakit dada akan berlaku pada bahagian tengah dada kita. Sakit dada ini biasanya akan datang dan berlaku selama beberapa minit. ATAU ada yang sakit sekejap, hilang dan sakit semula kemudian hilang.

    Manakala rasa tidak selesa pula adalah seperti merasakan dada ditekan, rasa seperti keadaan dimana kita tidak hadam dan kadang-kala kita rasa seperti pedih ulu hati.

  • Rasa tidak selesa pada tangan (sebelah atau kedua-dua sekali).
  • Pendek nafas (sesak nafas) datang bersama sakit di dada atau sebelum sakit dada datang
  • Rasa sakit pada perut, muntah, pening ringan atau pengsan

 

Macam-mana nak elak Sakit Jantung?

  1. Kurangkan makanan berlemak tinggi.
  2. Kurangkan berat badan jika kita gemuk
  3. Berhenti merokok
  4. Bersenam, buat yang keras punya supaya otot jantung jadi kuat
  5. Jika didiagnos dengan kolesterol yang tinggi dalam darah, makan ubat untuk turunkan kolesterol ini kalau senaman dan pemakanan sihat tak berapa nak menjadi
  6. Jika ada tekanan darah tinggi, ambil ubat jugak kalau kita tak boleh nak turunkannya melalui gaya hidup yang sihat.
  7. Jika ada kencing manis (diabetes), ambil ubat juga jika kita tak boleh nak control kandungan gula dalam darah kita.

 

Nampaknya hidup kita makin kompleks. Apabila kita tidak berada dalam keadaan yang tip-top, akan ada banyak masalah kesihatan yang menimpa kita.

Pemakanan adalah punya kebanyakan penyakit, seperti yang agama kita ajar;

“Perut adalah punca segala penyakit”

Sudah tiba masanya kita muhasabah diri dan jaga kesihatan kita.

January 25, 2011 · admin · No Comments
Tags:  · Posted in: Masalah Kesihatan