Vitamin A

Pengenalan

Vitamin A adalah satu vitamin yang  badan tidak boleh hasilkan sendiri. Jadi sumber vitamin A datang daripada sumber luar yang kita makan atau minum. Secara umumnya, Vitamin A dikelaskan dalam vitamin larut lemak (fat soluble).

Fungsi Vitamin A

  1. Penglihatan
  2. Pembiakan
  3. Pertumbuhan tulang
  4. Menguatkan sistem imunisasi
  5. Penghasilan lapisan yang melindung mata, salur pernafasan, salur kencing dan dinding usus. Jika lapisan ini rosak, ia akan memudahkan bakteria atau kuman menyerang badan kita.

Sumber Vitamin A

  1. Susu
  2. Telur
  3. Hati
  4. Lobak
  5. Bayam
  6. Keledek
  7. Betik
  8. Mangga
  9. Tomato
  10. Peach

Jumlah Vitamin A yang perlu diambil seharian

  • 1-3 tahun = 300ug
  • 4-8 tahun = 400ug
  • 9-13 tahun = 600ug
  • 14-18 tahun = 900ug (lelaki), 700ug (wanita)
  • 19 tahun ke atas = 900ug (lelaki), 700ug (wanita)
  • Bayi 0-6 bulan = 400ug
  • Bayi 7-12 bulan = 500ug

Kesan kekurangan Vitamin A

  1. Kerosakan mata (buta dsb)
  2. Kurang daya tahan penyakit
  3. Tumbesaran terbantut
  4. Mudah dijangkiti kuman

Kesan terlebih Vitamin A

  1. Jika Vitamin A diambil oleh ibu mengandung, ia boleh menyebabkan kecacatan.
  2. Pening kepala
  3. Kulit menjadi gatal
  4. Hilang selera makan
  5. Kerosakan hati (jika terlebih pengambilan dalam masa yang terlalu lama)

Vitamin A sangat penting untuk diri kita serupa dengan zat makanan yang lain. Ia menjadi penting kerana Vitamin A berkait rapat dengan penglihatan mata kita kerana tidak dapat dinafikan bahawa penglihatan adalah deria yang utama bagi manusia.

<<< Langsingkan Sehingga 10KG Dalam 30 Hari  >>>

April 19, 2010 · Langsing · No Comments
Tags:  Â· Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply