Vitamin B2

Vitamin ini juga dipanggil Riboflavin. Ia adalah salah satu vitamin dalam kumpulan vitamin-vitamin yang larut air (water soluble). Apabila sesuatu vitamin itu tergolong dalam kumpulan larut air ini, badan tidak boleh menyimpannya dan ia perlu diambil setiap hari untuk bekalan badan. Namun begitu, vitamin B2 hanya diperlukan badan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Jadi Vitamin B2 ini juga dikelaskan dalam kumpulan micronutrient.

 

Fungsi Vitamin B2

Tidak boleh dinafikan bahawa Vitamin B2 ini sangat penting untuk kesihatan kita. Vitamin B2 atau Riboflavin ini berfungsi untuk;

  1. Membantu dalam proses menghasilkan tenaga badan
  2. Membantu untuk mencernakan protein, lemak dan karbohidrat
  3. Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah
  4. Diperlukan untuk pernafasan sel darah merah
  5. Digunakan untuk menghasilkan antibodi
  6. Membantu dalam pertumbuhan dan pembinaan badan
  7. Menjaga kesihatan kulit, kuku, pertumbuhan rambut
  8. Menjaga fungsi kelenjar tiroid (thyroid)
  9. Diperlukan untuk pengaktifan Vitamin B6 (Pyridoxine)
  10. Diperlukan untuk membentuk lapisan mukus dalam usus yang membantu penyerapan Vitamin B6 dan zat besi
  11. Membantu mengatasi masalah kepenatan mata sehingga menyebabkan mata berair
  12. Membantu memulih dan menghindari penyakit Katarak Mata

 

Dos Disarankan

Dos yang terbaik untuk Vitamin B2 ini ialah seperti berikut;

Lelaki Dewasa: 1.6mg

Wanita Dewasa: 1.2mg

*Tidak akan membawa sebarang masalah jika terlebih dos kerana badan tidak mampu menyimpan Vitamin B2 dalam kuantiti yang banyak.

 

Kesan Kekurangan Vitamin B2

Antara kesan kekurangan Riboflavin ini ialah;

  • Keretakan dan sakit dibahagian tepi mulut
  • Dermatitis (radang kulit)
  • Keguguran rambut
  • Insomnia (masalah tidak boleh tidur)
  • Radang pada mulut dan lidah
  • Luka pada kulit
  • Pertumbuhan badan yang terbantut
  • Responsif mental yang perlahan
  • Mata terlalu sensitif terhadap cahaya

*Kesan-kesan ini jarang berlaku kepada manusia, namun ia sering berlaku kepada individu yang minum arak, individu yang mempunyai ketidak toleransi kepada laktosa dan wanita yang mengunakan ubat minum atau makan untuk mencegah kehamilan.

 

Sumber Vitamin B2

Mengikut kajian pakar pemakanan, Vitamin B2 boleh diserap badan daripada sumber-sumber makanan berikut;

  1. Daging ayam
  2. Hati
  3. Ikan
  4. Telur
  5. Keju
  6. Susu
  7. Yogurt
  8. Sayuran berdaun hijau
  9. Asparagus
  10. Avocado
  11. Brokoli
  12. Labu
  13. Cendawan
  14. Kacang soya

 

<<< Langsingkan Badan Sehingga 10KG dalam 30 Hari >>>

August 31, 2010 · admin · No Comments
Tags: , ,  Â· Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply