Vitamin D

Vitamin D

Pengenalan

Vitamin D ialah sejenis vitamin yang boleh dihasilkan oleh badan manusia dan boleh juga didapati daripada makanan. Vitamin D larut dalam lemak. Apabila kulit manusia terkena sinaran ultraviolet B (UV) daripada matahari, ia akan memangkingkan sintesis untuk menghasilkan Vitamin D.

Vitamin D yang dihasilkan ini, atau yang kita dapat dari makanan hanya boleh digunakan badan apabila ia telah melalui hati dan buah pinggang. Di hati, Vitamin D akan ditukar kepada ā€œcalcidolā€ dan di buah pinggang dan dalam system imunisasi pula ia ditukar kepada Vitamin D yang aktif dipanggil ā€œCalcitriolā€.

Calcitriol yang disintesis di dalam system immunisasi Ā ini berfungsi untuk mengelakkan badan daripada serangan mikro organisma. Calcitriol yang disintesis di dalam buah pinggang pula banyak fungsinya. Antaranya ialah;

  1. Mengstabilkan kandungan phospat dan kalsium di dalam saluran darah
  2. Memangkinkan kandungan mineral yang sihat
  3. Tumbesaran tulang
  4. Mencegah kesan kekurangan serum kalsium di dalam darah

Kehadiran Vitamin D ini juga penting, kerana dengan gabungan Vitamin D dan kalsium, gabungan ini dapat mengelakkan kita daripada penyakit osteoporosis.

Vitamin D juga boleh didapati di dalam makanan yang diperkaya, contohnya susu, roti dan magerin. Ada juga supplement atau makanan tambahan untuk Vitamin D ini yang biasanya berbentuk pil.

<<<Langsingkan Sehingga 10Kg Dalam 30 Hari>>>

June 8, 2010 Ā· Langsing Ā· No Comments
Tags: ,  Ā· Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply