Vitamin

Pengenalan

Vitamin adalah satu bahan organik yang diperlukan oleh sesuatu organismaĀ  dalam kuantiti yang sedikit. Vitamin juga tergolong dalam nutrisi makanan. Perkataan Vitamin sebenarnya diambil daripada gabungan 2 perkataan Bahasa Inggeris iaitu ā€œVitalā€ dan ā€œAmineā€. ā€œVitalā€ bermaksud penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg amat penting atau amat diperlukan. Manakala ā€œAmineā€ membawa makna sebarang sebatian organik yang dibentuk daripada ammonia dengan menggantikan satu atau lebih atom hidrogen dengan radikal organik.

*Maksud di atas diambil daripada istilah yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa

Jenis-jenis Vitamin

Berikut adalah senarai kesemua vitamin-vitamin yang telah ditemui sehingga kehari ini.

(Nama Am Vitamin, Nama Sains Vitamin, Tahun Ditemui)

  1. Vitamin A, Retinol, 1913
  2. Vitamin B1, Thiamine, 1910
  3. Vitamin C, Ascorbic Acid, 1920
  4. Vitamin D, Calciferol, 1920
  5. Vitamin B2, Riboflavin, 1920
  6. Vitamin E, Tocopherol, 1922
  7. Vitamin B12, Cobalamins, 1926
  8. Vitamin K, Phylloquinone, 1929
  9. Vitamin B5, Panthothenic Acid, 1931
  10. Vitamin B7, Biotin, 1931
  11. Vitamin B6, Pyridoxine, 1934
  12. Vitamin B3, Niacin, 1936
  13. Vitamin B9, Folic Acid, 1941

Kesan Kekurangan Vitamin

Vitamin diperlukan dengan kadar yang tetap mengikut jantina, saiz badan, umur dan tahap aktiviti seharian. Kekurangan vitamin akan membawa berbagai-bagai kesan dan penyakit. Kekurangan pengambilan vitamin yang terlalu teruk akan menyebabkan kematian.

Jadual pengambilan vitamin adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Sebagai contoh, untuk mendapat kesan kekurangan Vitamin A, ia mengambil masa berbulan-bulan. Namun begitu, Vitamin B3 yang hanya disimpan oleh badan dalam amaun yang sedikit akan menunjukkan kesan kekurangan selepas beberapa minggu sahaja.

Kesan kekurangan boleh dikelaskan kepada 2 kategori. Kategori tersebut ialah, 1. Primary Deficiency: berlaku apabila sesuatu organisma tidak mendapat cukup vitamin dari makanan yang dimakan.

Kategori kedua ialah 2. Secondary Deficiency: berlaku apabila kemampuan organisma untuk menyerap vitamin tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Kesan Terlebih Mengambil Vitamin

Terlebih mengambil vitamin adalah amat jarang sekali berlaku. Namun begitu, terlebih atau keracunan vitamin berlaku biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan tambahan atau supplement. Dengan dos yang tinggi bagi sesetengah Vitamin, ia boleh menyebabkan loya-loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

<<<Langsingkan Sehingga 10KG Dalam 30 Hari>>>

April 27, 2010 Ā· Langsing Ā· No Comments
Tags:  Ā· Posted in: Diet Seimbang

Leave a Reply